Follow Dashboard
SAYA AGEN SAH PRODUK AYUS. SAYA JUGA MENJUAL PELBAGAI PRODUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN.
SILA TEKAN BUTTON DI BAWAH UNTUK MELIHAT PRODUK YANG SAYA JUAL. SEMUANYA HARGA AMAT RENDAH DARI HARGA PASARAN.
Perjalanan Hidup

Baby Lagi
Kanak Riang
Anak Dara
Graduate
Bertunang
Solemnization Day
Reception Day
Baby Boy : 21 Mac 2014
Nik Muhammad Firash
1 hari | 3.6kg | 50cm
1 Bulan | 3.73kg | 53cm
2 Bulan | 5kg | 55cm
3 Bulan | 6kg | 59cm
Job : Makeup Nikah Leyha
Assalamualaikum pekabar smua? shat belaka harapnye deh.. haa macam biasa laa.. entry ni pun lambat post. kekangan masa yang mendalam la ni. customer genit comey ni minta sy makeup kan dia untuk majlis nikah. TIADA BULU MATA. TAK CUKUR KENING. Alhamdulillah dia suka sgt2 dan syukur smua kata cantik..

Service Charge :
Makeup nikah : RM 150
Makeup Sanding : RM 250
Makeup nikah+sanding : RM 350

Area Rawang/Selayang/Gombak : Free Transport Fee
Charge RM 0.50/per km untuk luar dari Selangor/KualaLumpur

Recover Shortcut Files Dalam Pendrive
Oke.. problem ni bukan pertama kali berlaku kat sy. mase zaman kolej dulu, mmg ni penyakit pertama pendrive kene shortcut file sbbnyee kat KLMU tuu menternak kemain banyak virus agaknyee.. tapi tak terpikir pun nak recover sbb takda files yg penting pun. soo just format macam biasa..

TERJADINYA SHORTCUT FILES

Setahu sy laa kan, shortcut files dalam pendrive ni terjadi mase kite pi cucuk mane2 PC yg tak dikenali lepastuu PC org tuu plak guna power punya ANTIVIRUS then org tuu piiii sukehati scan kite punya pendrive, makanyee jadi laa SHORTCUT FILES ni.. sakit hatiiiii dakkk??

PUNCA CARI RESOLUTION NAK RECOVER FILES

Harini sy gigih jugak mencari cara macamana laaaa nak dapatkan balik files yg shortcut ni haa. matilaaa kalo tak leh dapat smula files2 ni.. smua penting sebab file office. kalauu zaman kolej dlu, biaq pi laa taktau cara nak recover pun sbb takda file penting.. haaa skarang baru kelamkabutt dibuatnyee.. sadisss

CARA2 NAK RECOVER SHORTCUT FILES

Haa sudah la membebel dari tadi. mehhh sy ajar mcamana kite nak dapatkan balik file2 tuu daripada shortcut dgn hanya 5minit. Sila ikuttt cara :)

1. Sila tekan key window+R (akan keluar popup RUN)
    * window tuu logo bendera pada keyboard kite ( bagi sesiapa yang taktau )


Dah keluar mcm ni, taip CMD kat dalam kotak tuu then tekan OK


2. Akan keluar kotak hitam macam ni.. then taip huruf yang korang cucuk pendrive korang. contoh H:/ , I:/ , F:/ ... Mcm sy cucuk di H:/.. soo taip kat cituu, h: mcm kat bawah ni then tekan enter.


3. Lepas tuuu taip, " del *.lnk " then tekan enter 


4. Then taip plak mende alah ni " attrib -s -r -h *.* /s /d /l " dan dia akan otomatik dapatkan smula file shortcut korang tuu. Tapi kene tunggu la kejap, kdang2 amek masa ya. soo ape lagi,  cepat2 buat backup kalau tanak masalah berulang. 



END OF STORY




Servis Makeup, Photographer, Graphic Design Termurah !!!

Di antara servis yang saya tawarkan :
Make Up

Saya mempunyai sijil dalam make up industry dan masih baru dalam bidang ini tapi saya percaya saya boleh beri yang terbaik kepada customer yang menggunakan servis saya. Oleh itu, saya tawarkan harga yang lebih murah dari harga yang lain.

DEPOSIT : RM 100

Sanding@Bertandang@Berinai : RM 250
Nikah : RM 150
Sanding + Nikah : RM 350
Tunang RM 100
Dinner@Photoshoot@Graduation RM 150

* Tiada caj petrol dan tol jika di area Rawang. 0.30/per km akan dicaj jika di luar Rawang
Design Photo Book

*1-5 hari bergantung pada que siapa cepat siap cepat.
*1 photo book rm 150 (20 page) [1 page = RM 10]
Edit gambar

*size 2mb - ke atas
*RM 3 satu gambar
Studio Shoot Gambar Editing

*RM 50 satu gambar
[[ FOTOGRAFI]]


Saya tak kisah event apa pun. Yang penting, book awal untuk mengelakkan anda tidak dapat guna khidmat saya.
Pakej Murah (rm 250)
* 1 Fotografer
* 3 jam
* 180 Shot
*1 dvd
*tiada editing
Pakej Biasa (rm 500)
* 1 Fotografer
* 4 jam Sahaja Shot
* 300 Shot
* 1 dvd
*siap editing

Pakej Sederhana (rm 800)

*1 Fotografer
*4 jam sahaja shot
*Unlimited Shot
*1 dvd
*custom album 8x12 inch

Pakej Tinggi (rm 1300)

*1 Fotografer
*unlimited hour
*unlimited shot
*2 dvd
*FREE video shot
*10x12 inch Custom Album
[[Graphic Design]]

*Satu Design Sahaja

Design Simple (RM 30)

Flyers
Banting
Banner
Poster

Design Advance - FULL COLOR (RM 70)

Flyers
Banting
Banner
Poster
T-shirt RM 100
Complete Business Company Design


DARI RM 200 HINGGA RM 5,000

>Business Card
>Letter Head
>Logo
>Comp Card
>Envelope
>Website
>Company Shirt

PROMOSI ITEM KECANTIKAN MURAH GILER KENTANG!!!
ALAMAKKKKK !!! TINGGAL LAGI 6 HARI LER...
Promosi masih berlanjutan hingga 30 December 2014..
Sesiapa berminat nak barang2 yang tertera, cepat2 PM/Whatsapp nombor sy ni tauu..

013 3460225

Macam2 ada sebenarnya tapi yang ni je lariss..
Set Dnars
IPCD
Aura White
Lyanaz (Babies Blink)
BVRC
Nourain
Zofea Beauty
Molly BB Doll
FeelVogue
K Colly
Secret Skin Kawai



Majlis Aqiqah & Cukur Jambul Anak Sulung
OK MACAM BIASA ! Pos entri lambat. majlis da lepas sebulan. haha

Ehem...Ehem.... Tajuk entri ni mcm taleh blah jekan.. anak sulung?? mcm nak anak kedua ketiga keempat dan kesepuluh aje gamokknyee. hohoho

Nie teman nak kaboo nie.. Teman nie kalo post entri mmg lambat. Majlis ni berlangsung pada 1 Mei lepas tapi sekarang ni baru sibuk teman nak mengepost. Maklumlaaaaa... sibuk jage anak... mak orang katenyee. hahaha majlis ni juga sempena anak teman dah 1 bulan.

Majlis sepenuhnya DIY, set backdrop buai brendoi. Katering from my auntie. Dapat la murah skit. Doorgift pula coklat, kerepek, jus delima n buku yasin beli berdozen2 kat kedai biasa pastu tepek stiker muka si Firash kat situ. dapat laa simpan wat kenangan sesape yg dapat buku yasin tu yedakkkk :)

Nak cite banyak pun, takde ape nak cite.. ala kadar je majlis ni. jemputan pun 100 lebih je.. ada laa gamba skit buat tatapan yang sudi.






1st Born : Baby Boy
Ku panjat kesyukuran kepada Allah yang tak terhingga atas pemberian-Nya yang terindah. Sebaik tau kehamilan ku dah sampai kemuncaknya, hati berdebar2, neves, excited sebab nak terima ORANG BARU dalam hidup ku dan suami.

Sebelum mula kongsi cerita tentang mcmana kelahiran aq berjalan pada hari tersebut, nak share dulu WIRA kami yang selamat di lahirkan pada 21 Mac 2014 hari Jumaat jam 8.39pm. Tepat2 masuk solat isyak masa tu. Alhamdulillah...

Beberapa keping gambar untuk tatapan yang sudi :)




Nama di beri Nik Muhammad Firash bin Nik Shahrul.
Agak2 tulis nama dia dalam buku ke borang ke, muat takk?? :p


Baiklahh...

Niat nak share kisah melahirkan anak sulung ku ini adalah hanya nak share pengalaman aq yang kot2 korang yg akan mengalami situasi mcm aq nti, boleh la learn together. So jangan ade yg otak dok kalut 'aphal la minah ni share menda2 camni'. aih tepulang ceq laa nak share menda pun. blog i bukan blog u :p jgn dok kalut sgt. dengki tak pasai2. (mara tetibe :p)


19 MAC 2014

Masa ni, suddenly je aq kena keracunan makanan. Makanan yang beli kat luar masa tuu. Gara-gara catuan air, soo nak masak memang malas sbb kena pakai byk perkakas. soo beli je makanan luar dan tak sangka nak kene keracunan makanan plak aritu. soo pagi da muntah2 bagai nak rak. seolah mcm nak tkeluar baby dari mulut je. fiuhh! naseb laa tak. ngeriiii... hee

Malam pun muntah2 jugak. ingat minum nutrisi F1 boleh la gantikan makanan lain untuk perut aq yang kosong mase tuu. yelaa. da keracunan, nk makan menda lain pun tak lalu dah. tambahan pulak kontraksi TIPU TIPU dah datang. malu2 pulak sakit kontraksi ni datang mase tuu. haha

Dan malam tuu tido dengan penuh rasa tak selesa perut. tapi orang kate tuu bole lerr tahan lagi. tak over pun. tido dan tido sampai laaa pagi..

20 MAC 2014

Masa ni hari jadi adik aq yang ketiga. sooo dia mgharaplaa my baby akan keluar masa hari jadi dia tuu. siang tuu sakit kontraksi da mula dtg pelan2. 30min ke 20min..15min ke 10min... sampai ada masa aq tak dapat nak duduk. kene berdiri sampai sakit kontraksi hilang sendiri.

Jenis aq nie lau sakit kontraksi dtg, takleh sape2 pegang, bercakap dengan aq, taleh dengar bunyi bising dan aq sendiri pun membatu menahannya sampai berpeluh2. sian somi aq kadang2 kena tgk muka selengek aq menahan sakit. dah hilang baru ok. Alhamdulillah, sakit camtu datang aq senyappp je. membisu. idok laa jerit2 mcm mak lampir atau langsuir.. heheee

Sampai laa satu tanda bersalin nak datang, iaitu lendiran darah kluar tapi sikit je. call my gynae n dia cakap harini juga sila admit ke HSB. ok! aq da mula cuakkk. y harini?? takotttttttt.. nak taknak bagitau mak n somi kena jugak g HSB. bersiap dan bgegas ke hospital. aq hanya akan nampak relax bila kontraksi tak ada.

Sesampai je kena daftar diri and all that. kemdian aq di panggil masuk dan tunggu giliran untuk cek perut, cek baby dan cek bukaan. sambil duk menunggu, fikir tak habis, mcmana la agaknya cek bukaan tuu. orang kata sakitlaa, ngilu laa.. adehhh~ sampai je turn nak cek bukaan, da cuak semacam. masuk2 je bilik, doc perempuan ambil my detail dulu. then aq tanya 'doc perempuan yg akan cek bukaan kan?' pastu dia jawab, 'saya laa yang akan cek'. fuhhh! alhamdulillah syukur. naseb baik doc perempuan yg cek kan. sbb ada doc lelaki yg cek kan jugak patient lain.. mmg idok laa aq dpt trime !

Cek punya cek, doc kata dah bukak 2cm dah. Alahai takdela sakit mana cek bukaan. cuma masa dia cek tu, kena tarik nafas n jgn kemut. buat relax je k. apepun alhamdulillah ada la jugak sinar harapan nak bersalin on time. taknak laa overdue. kene induce plak tak pasal2. sakitttttt woo ! then dia tunggu result samada aq kene warded atau balik rumah dlu. aq minta dia bagi aq balik rumah sbb tanak duk sorang2 kt wad. hee~ lastly dapat la balik dlu.

Malam tuu,aq mmg tak dapat tido menahan sakit kontraksi nih. same mcm somi gak yang tak dapat tido. aq terbangun je, dye pun terbangun tanya ok tak. kali ni sakit makin kerap tapi masih boleh btahan. tanak ler aq dtg sepital mlm2 gini. huuu~ aq pun tido laa dengan muka bekerut2. haha

21 MAC 2014

Sesampainya pagi, kontraksi dtg mcm biasa. aq layannnnn je.. tapi dlm dekat2 pukul 2pm, orang baru nak abeh solat Jumaat kot, aq semacam da tak dapat tahan gitu. call gynae dan dia kata, bersiap2 lerr g sepital sekarang. jgn biar lama2 takot prob timbul nanti. ok cepat2 kami bersiap dan bgegas ke HSB. Sesampai saje, bg nama aq, then trus nurse tuu tanya, 'aik semalam ada datang kan?' aq jawab ler 'haah tapi harini kontraksi makin kerap'. dia pun panggil masuk untuk cek perut, dan bukaan. naseb aq baik aritu org tak ramai lagi. soo cepat je dpt cek perut then cek bukaan.

Cek punya cek kali ni, dah 6cm bukaan. fuhhh! cepat2 doc kata, 'awk da kena masuk labour room ni. pegi ganti baju dulu'. da siap2 ganti, tunggu la dalam setengah jam untuk dorg bawak aq ke LR. sambil tuu aq amek peluang jalan sini sana untuk mudahkan bersalin kata org :p ada dua tiga org patient yang nak bersalin tanya kat aq 'dah nak bersalin ke? kenapa nampak muka relax je? mcm tak sakit pun'. aq pun jawab 'haah da nak bersalin. yeke mcm tuu? hehe biasa je. taknak tunjuk sgt :p'

Then nama aq telah di panggil untuk masuk ke LR. kene naik wheelchair untuk ke sana. dorang bantu aq naik ke katil. ada dua doc pelatih perempuan tanya 'puan ni betul ke da nak bersalin? muka mcm takda pape je. tak sakit ke?' nurse tuu pun tanya gak 'btul ke dah terbuka 6cm? takot doc yang cek tuu tersalah ke. sbb nampak awk baik2 aje ni.' eh eh. tanya aq plak. hehe wat relax sudah la selagi boleh btahan. takan nak meraung2 pulek.. huhu

Sebaik aq bebaring, nurse tuu ckp sbb anak sulung, soo kita kena tunggu 4 jam untuk tunggu bukaan sampai 10cm sebelum bersalin. gila apa 4 jam. sakit kontraksi aq ni dtg da 5min ke 3min ok. mane leh tahan. then, ikot kiraan dorang sndiri yg aq pun taktau sgt, dorang bagi dose kat aq supaya sakit aq makin kerap dtg supaya bukaan akn terbuka dgn lbh cepat. sampai dua dose ok.

2 jam baru berlaluuu... dose dorang tambah lepas 2 jam kemdian lpas tuu 3 jam kemdian. sakit kontraksi da semakin tak malu dtg bertalu2. tiap 1min aq merasai kesakitannya. sampai tahap aq tak dapat tahan, nak menangis rasanya. merintih menahan sakit kontraksi yg menyebabkan aq teran byk kali sampai nurse muda tu ckp 'jgn teran banyak sgt puan. nti tak larat nak teran baby tambahan pula kepala baby takot panjang'. da sakitnya tuu mmg otomatik buat aq nak teran. sakit kali ni, org kata mcm nak tkeluar isi perut, isi punggung. da takda muka relax2 aq dah. muka bleh berpeluh plak dalam aircond tuu gara2 menahan sakit. aq minta nurse senior tuu cek bukaan sbb da sakit sgt tapi nurse kate tak boleh. kena tggu sampai abis bukaan. sbb dia kata bukaan akan terbuka tiap 1 jam. ohhh sungguh sadisss..

Dalam 3jam 30min, aq minta lagi skali nurse senior tuu cek bukaan sbb da mmg tak dapat tahan. rasa mcm baby nak tkeluarrr je.. dia pun akur la dgn pmintaan aq akhirnyaa. then dia ckp 'ehhhh da fully bukaan da ni. boleh ready ye'. cuaakkk aq. dorang smua pun kelam kabut siap perkakas bagai, dengan apron nya. ada plak yang hegeh2. Pastu kelam kabut dorang panggil somi aq masuk, sbgai penguat semangat untuk aq bersalin katenye.. hahaa

Naseb aq baik masa tuu, nurse2 je yang handle masa proses bersalin aq tuu sebab dorang nampak aq pandai teran. tapi nurse senior tuu cakap, blum apa2 lagi dah problem kat bawah aq tuu. sbb dia kata isi kulit aq ni lembut mcm taufufa. ohh no. tapi mcmana pun proses bersalin kena diteruskan. tiap kali sakit kontraksi dtg, aq pun mula la proses teran meneran. terkumat kamit aq baca zikir Nabi Yunus, Allahu yasir fayasir, Bismillahillazi la yadurru ma’asmihi syai’un fil ardi walaa fissama’ii, Wa huwassami ul ‘alim, Al-Fatihah, dan semua yang aq ingat masa tu.dengan 4 ke 5x push je dan dalam 15min-20min saje, alhamdulillah telah lahirnya seorang wira khas dianugerahkan Allah untuk kami. tapi disebabkan baby aq 3.6kg, soo dorang terpaksa gunting supaya senang n cepat baby tuu nak kluar. takot tersekat bahu baby katenyee.. tak kesahla janji smua selamat.

Dah selamat smua, baby diazankan dan di iqamatkan oleh somi ku tika tuu juga sebelum baby di bawa untuk dibersihkan dan dimandikan. sebak rasa hati melihat tika baby diletakkan di atas ku dan di azankan somi ku.. lepas baby siap dimandikan, dah wangi2, dorang bawa baby untuk disusukan. Comelnyaa tengok mula2 baby ku nak menyusu untuk pertama kali.

Menitis air mataku melihat gelagatnya. mulutnya yg kecil, smua nya kecil je. cuma pipi nya saje yang tembam. doktor pelatih perempuan tuu geram sungguh tgk my baby. nak picit2 je katanya. hehe doc tu tanya nak bagi nama ape. aq ckp laa ingat nak bagi nama FIRASH. sudahnya dia cakap, ehh da macam nama dalam hero crita SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA... karakter si Izzue Islam tuu. aq pun lupa pasal tuu. aq plan letak nama tuu pun sebab maksud namanya. maksud FIRASH ialah YANG BIJAKSANA. In sha Allah anakku seperti namanya.. yelaa nak letak nama anak mstila nama yang baik2 kan. hehe~

Dalam pukul 12.30am, aq di bawa ke wad untuk bermalam. then aq trus call somi minta hantarkan beg ku. punya la excited dia tgk baby kami sedang tido nyenyak. kemdian angkat my baby n cek dia da beyak. soo minta tulun somi untuk gantikan pampers dia. pertama kali la katekan, smuanye kelam kabut tmasuk my somi. hahaa lawak bila tringat balik masa tuu. aq plakk masa tuu lemah lagi. bru lepas bersalin kan. bagai nak pitam aq dibuatnya. lepas somi aq kluar wad, aq cuba pejamkan mata tapi tak dapat. aq bertafakur sekejap mensyukuri anugrah yang Allah beri ni. Menangis menahan sebak akan pemberian-Nya.

Jam 7am lebih mcm tuu, nurse dtg cek high blood, nadi. HB aq ok tapi sudahnya aq dikatakan ada masalah nadi laju. ni mesti gara2 aq tak tido langsung semalam. nurse kata kalau tak turun gak, kene tahan 1 hari lagi. Alhamdulillah semua ok dan aq dibenarkan balik pada sebelah petang.

Alhamdulillahhh aq bersalin secara normal untuk anak sulungku ni. walaupun kene jahit gara2 digunting untuk besarkan laluan baby, serta merta sakit aq hilang bila aq set in mind, my baby selamat dilahirkan. soo tahanlaa sikit kena jahit. mujurlah di baginya bius. lau tak, pengsan gak aq kat ctu. siyesly labour room tuu dah macam bilik berdarah. penuhh dengan darah aq je. errr ~

Haihhh~ ape pun macam tak percaya aq dah ada seorang anak. teringat zaman anak dara dulu dah macam budak2 perangai aq. lepas kawin pun tak cukup matang lg. bila mengandung, baru ada perubahan sifat pada diriku. Alhamdulillah... sehingga kini aq boleh handle my baby masa dalam pantang ni tapi lebih kepada ibuku dan adikku yang banyak membantuku menjaga my baby dan menjagaku saat ku sedang berpantang.

JUTAAN TERIMA KASIH buat ibu dan adikku tersayang.

Tanda-Tanda Awal Bersalin

Assalamualaikum mana2 mom to be yang membaca entry nie.. kita just nak share sesuatu yang rasanya memang berguna laa untuk kita bersedia sebarang kemungkinan berlaku masa bersalin nanti kan. Memandangkan kita nie pun da hujung2 tanduk menanti hari. Baru la hegeh2 nak carik info yg supo gini :)


Silakan...


TANDA-TANDA AWAL BERSALIN


Saat -saat penantian kelahiran memang sangat mendebarkan. Ini berlaku bukan sahaja pada pasangan baru tetapi juga pada ibu bapa yang sudah lama berumah tangga dan telah mempunyai anak ramai. Segala - galanya terasa baru terutama jika jarak kelahiran anak yang terakhir adalah terlalu jauh.

Ramai ibu bapa yang bertanya pada doktor bilakah jangkaan bersalin. Mustahil untuk memberi jawapan yang seratus peratus tepat. Doktor hanya boleh menganggar bila tarikh bersalin sebenar.

Ini kerana kita masih belum tahu apakah 'trigger' atau tanda yang diberi oleh bayi kepada sistem otak kita yang akhirnya merangsang kontraksi rahim. So sit back and relax...bayi kita sendiri yang akan menentukan bila hari lahirnya....

Tanda - tanda Bersalin / Turun Tanda Keluar Darah                
 Ini Ini adalah salah satu tanda awal kelahiran. Darah dan lendir yang menutupi pintu rahim akan keluar apabila   pintu rahim sudah mula terbuka.

Turun Air
Pada sesetengah ibu, air ketuban akan turun beserta tanda. Air ketuban biasanya jernih dan mungkin akan  membasahi seluar dalam atau kain yang dipakai. Sekiranya air ketuban telah pecah, segeralah ke hospital pada hari yang sama juga.

Sakit Kontraksi
 Kontraksi yang berlaku pada sela masa 10 minit dan mengambil masa 30 hingga 40 saat sebelum berlalu adalah petanda ibu sedang sakit bersalin atau in labour. Ibu biasanya dapat membezakannya dengan sakit 'Braxton Hicks' kerana sakit ketika hampir bersalin selalunya lebih kuat dan lebih tetap. Ia juga disertai dengan sakit belakang.

Alamak! Pemeriksaan Bawah!
Salah satu tanda ibu telah bersedia untuk melahirkan adalah dengan melihat kepada pembukaan pintu rahim (servik). Dalam keadaan biasa pangkal rahim yang terletak di dalam vagina akan berada dalam keadaan tertutup.

Apabila kontraksi berlaku, pintu rahim akan menjadi semakin nipis dan akan terbuka. Apabila pintu rahim terbuka, darah dan lendir akan keluar, dan ini dikenali sebagai tanda.

Pintu rahim akan terbuka perlahan-lahan bermula pada bukaan 1 cm dan seterusnya bayi akan lahir apabila bukaan mencapai 10 cm.

Bukaan pintu rahim ini akan ditentukan oleh doktor dengan memasukkan jari ke dalam vagina dan mengukur bukaan rahim tersebut dengan jari.


Jangan Bimbang..

Ramai ibu yang berasa ngeri memikirkan pemeriksaan vagina terutama ibu pada kali pertama. Jangan bimbang, cubalah untuk bertanang dan bernafas dengan dalam dan perlahan. Sekiranya kita tidak tenang dan mengeraskan badan, doktor sukar untuk melakukan pemeriksaan dan kita juga mungkin akan terasa sakit. Biasanya doktor akan melakukan pemeriksaan dengan perlahan - lahan dan akan mengajar kita untuk bernafas dengan lebih baik dan tenang.

Adakalanya doktor akan melakukan pemeriksaan vagina (biasa disebut VE atau 'vaginal examination'dalam istilah perubatan) semasa kita datang untuk pemeriksaan antenatal. Selalunya ini dilakukan ketika sudah menghampiri cukup bulan.

Selain memberitahu doktro tentang bukaan rahim, pemeriksaan vagina jugak akan memberi maklumat lain seperti  keadaan pintu rahim samada masih keras atau sudah bertambah lembut dan menjadi semakin nipis.Ia juga boleh memberi maklumat sejauh mana kedudukan kepala bayi.

Oleh itu pemeriksaan vagina adalah penting dalam menilai perkembangan 'labour'. Selalunya ia dilakukan setiap 4 jam sekiranya kita sudah bersedia untuk bersalin atau mungkin lebih kerap bergantung kepada keadaan perkembangan kita.

Tiga Fasa Sakit Bersalin

Fasa Pertama

Fasa pertama adalah daripada mula pembukaan rahim sehingga bukaan rahim menjadi 10 cm. Bukaan pintu rahim sebelum 3 cm disebut 'latent phase' dan bukaan pintu rahim 3 cm ke atas disebut sebagai fasa aktif. Pada masa fasa 'latent', sakit bersalin mula terasa tetapi belu di peringkat aktif.

Fasa ini boleh mengambil masa beberapa jam dan adakalanya beberapa hari. Apabila sampai ke bukaan rahim 3 cm, ia disebut fasa aktif kerana bukaan rahim biasanya akan terus membesar sehingga 10 cm atau biasanya disebut 'fully'. Selalunya pada ibu yang mengandung kali pertama bukaan rahim membesar pada kadar 1 cm setiap jam.

Oleh itu jangkaan bersalin anak pertama biasanya mengambil masa antara 8 ke 12 jam. Jangkaan bersalinanak kedua dan seterusnya biasanya lebih cepat sekitar 6 ke 8 jam atau mungkin lebih kurang daripada itu.

Fasa Kedua

Bermula ketika pembukaan penuh 10 cm sehingga bayi lahir. Tahap ini biasanya mengambil masa 30 minit sehingga ke satu jam.

Fasa Ketiga

Fasa ketiga bermula dari kelahiran bayi sehinggalah uri keluar. Tahap ini biasanya mengambil masa sekitar 15 minit ke 30 minit.

Kesemua perkembangan sakit bersalin akan dicatitkan dalam satu graf yang disebut Partogram.Ia akan membantu doktor menilai perkembangan sakit bersalin bagi setiap pesakit.

Bagaimana Partogram Dapat membantu Para Doktor

Partogram adalah satu carta yang ringkas tetapi banyak membantu para doktor dan jururawat serta bidan. Banyak keputusan yang dibuat oleh doktor adalah berdasarkan carta tersebut.

Sudah Tiba Masa Ke Wad Bersalin?

Apabila tiba di hospital atau pusat bersalin, orang pertama yang akan kita berjumpa kemungkinan adalah bidan atau jururawat. Beliau akan bertanyakan simptom-simptom yang mungkin kita alami. Sekiranya kita diberi buku rekod antenatal, ini akan banyak membantu.

Seterusnya pemeriksaan perut akan dijalanan dan degupan jantung bayi akan direkodkan. Pemeriksaan vagina seterusnya akan dilakukan dan ini akan memberi idea berapa jauh kita dengan kelahiran.

Keputusan pemeriksaan ini akan diberitahu kepada doktor dan biasanya doktor akan datang melawat kita. Pada kebiasaannya apabila pemeriksaan vagina menunjukkan bukaan rahim 3 cm ke atas, kita akan dimasukkan ke bilik bersalin(labour room). Sekiranya masih tiada bukaan atau bukaan kecil sahaja kita mungkin akan dimasukkan ke wad bersalin.

Di Bilik Bersalin

Setiap hospital mempunyai  peraturannya sendiri di bilik bersalin. Kebanyakan hospital bersalin swasta membenarkan suami berada bersama isteri ketika proses kelahiran. Di Malaysia ketika ini, hospital-hospital kerajaan juga sedang melakukan perubahan-perubahan ke arah lebih positif dan di beberapa hospital sudah memulakan konsep 'husband-friendly' dengan membenarkan suami bersama isteri ketika melahirkan. Ibu-ibu perlu tahu apakah peraturan di hospital pilihan untuk bersalin nanti.

Bolehkah Makan Ketika Sudah Masuk Ke Bilik Bersalin?

Perkara ini juga berbeza dari hospital ke hospital. Secara amnya kebanyakan hospital tidak membenarkan makan makanan berat seperti nasi semasa sedang dalam fasa pertama. Bagaimanapun minuman dan makanan ringan dibenarkan.

Para ibu digalakkan mengambil tamar atau coklat. Ia memberikan tenaga yang banyak walaupun diambil dalam jumlah yang sedikit.

Selalunya makanan berat tidak digalakkan kerana ibu-ibu mungkin akan termuntah ketika sakit bersalinmemuncakdan keadaan ini akan mengganggu fokus ketka meneran. Pada masa yang sama ia mungkin akan termasuk je dalam saluran pernafasan dan menimbulkan masalah.

Adakalanya masalah timbul dan mungkin ibu-ibu terpaksa menjalani pembedahan. Risiko pembedahan akan lebih tinggi sekiranya ibu-ibu baru lepas makan terutama makanan berat.

Adakah Saya Akan Di 'cukur'?

Pada masa ini tidak banyak hospital yang mencukur bulu di sekitar kemaluan ibu. Pada suatu masa dahulu ia merupakan kemestian. Mencukur atau tidak, tidak akan mempengaruhi proses kelahiran. Bagaimanapun ada ibu yang berasa lebih selesa dengan membersihkan kawasan kemaluan di rumah sebelum datang sakit bersalin.

Bagaimana Sekiranya Saya Terbuang Air Besar Ketika Sakit Bersalin Atau Ketika Meneran?

Perkara ini adalah suatu yang cukup normal. Ini berlaku kerana arah pergerakan bayi keluar adalah sama dengan arah keluarnya najis, dan kerana kedudukan rektum adalah sangat hampir dengan vagina, keluar najis ketika meneran adalah sesuatu yang sangat 'natural'.

Jangan berasa terlalu bimbang kerana para doktor dan bidan serta jururawat sudah biasa dengan keadaan ini. Berasa terlalu bimbang akan mengganggu fokus untuk meneran.

Bagaimanapun kebanyakan hospital akan memberi ubat 'enema' untuk kita membuang air besar sebelum dihantar ke bilik bersalin.

Trimester Ketiga
Ya Allah, cepat benau masa berlalu....

Kini aq ada di peringkat KETIGA kehamilan iaitu peringkat terakhir. Masa ni la smua da kena ready dalam segala hal. Segala keperluan baby, keperluan masa kat hospital, labour room, lepas pantang pulak nanti. Smua da kena pikir.

Dalam trimester ketiga ni, da memang rasa sangat kepenatan, kelenguhan, kemengahan, kecungapan, segala 'ke' laaa.. Kalo dulu berjalan shopping dari pagi sampai malam pun masih segar. Sekarang berjalan baru brapa jam, tapak kaki da rasa bengkak, muka da lemau, perut kerap mengeras, jalan pun da mcm penguin. Haaa gelak gelakk. Wekkkk~

Tapi aq tak kesah. Smua yang ku tanggung ni demi anak tercinta yang wat smua orang tak saba nak tgk dia keluar. Bukan aq je.. Smua excited tak saba nak tggu dia kluarr.. So terharuuuuu.. Terutamanyaa pada yg banyak amek berat sal aq and baby dlm perut ni. Lau suami kte tau laa akn sntiasa amek berat. Tapi adik aq sorang ni, sooooo caring. Dari keperluan baby, sampai la keperluan aq nak bersalin n berpantang pun dia amek berat gak. Tharuuu  tahap gaban. Sayang laa kat dye. Dye pun awal2 da byk kluar duit untuk anak buah dia ni .trima kasih dak tenit, si nana :p

Perasaan


Haa bercakap tentang perasaan. tau jelaa perasaan org yg dah nak bersalin ni, Allah jela yang tauu.. lau cite pun, ada yang tak paham kot :p perasaan dia punyelaaa.. neves kalah masa nak nikah dulu. bersalin pulak anak sulung. org dok cakap sakit sgt laa.. cakap itu laa ini laa.. mmg gerun. bace blog2 pengalaman dorg bersalinkan anak sulung, menambahkan lg kekadang kemurungan aq.

Tapi org kata perasaan mcm ni laa yang boleh buat kita lemah semangat saat melahirkan nanti. jadi aq decide jugak, nak tukar perasaan lemah nie kepada kuat semangat. banyak juga tips aq dapat dari my UMMI, dari blog2 yang boleh dijadikan panduan masa nak bersalin t. ada 1 tips nie mmg sbijik ngn tips yg my UMMI share. mehh nak share ngan korg yg same2 mom-to-be mcm aq :)

Tips Bersalin


Waktu Mula Meneran
Sebaiknya dilakukan setelah pembukaan lengkap berlaku (10 cm) iaitu ketika kepala janin sudahpun turun ke dasar pinggul. Ia ditandakan dengan anus (dubur) mula terbuka sewaktu kontraksi.


Posisi Meneran Yang Tepat
Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka. Kedua tangan memeluk peha dengan cara melingkarkannya ke bawah paha. Tak perlu lah kita nak pegang tangan suami tu. Suruh dia bagi semangat dengan bacaan2 surah, selawat pun dah mencukupi. Kalau sakit sangat, genggam jelah pergelangan kaki tu kuat2.Meneran juga dapat dilakukan dengan berbaring mengiring sama ada di sebelah kiri ataupun kanan. 


Cara Meneran
Sebaiknya dilakukan apabila kontraksi sampai ke puncaknya. Waktu ini doktor akan meminta uols untuk menarik nafas panjang iaitu menahannya dengan mulut tertutup kemudian meneran ke arah bawah dengan memastikan punggung tetap berada di atas tempat tidur (katil). Ketika meneran dagu diletakkan di dada supaya uols dapat melihat perut uols.

Bagaimanapun, ramai juga ibu hamil yang melakukan kesilapan ketika meneran. Ada yang meneran sebelum proses pembukaan sempurna. Ia akan menyebabkan berlakunya Edema (pembengkakan di mulut rahim) yang seterusnya akan menyukarkan proses bersalin selanjutnya.


Di samping itu ada juga ibu hamil yang silap meneran 'di leher' dan bukannya di perut. Mata akan nampak merah setelah bersalin dan kadang2 disertai dengan kebutaan sementara kerana pembuluh darah kecil di mata pecah akibat teranan di bahagian leher.


Teknik & Cara Meneran Semasa Bersalin 


1. Angkat kepala, dagu cecah dada.


2. Mata pandang perut.


3. Tangan pegang (bahagian kaki yang berhampiran buku lali).


4. Masa teran jangan keluarkan suara atau menangis kerana ini akan membuatkan ibu tersebut kurang tenaga dan tak kuat.


5. Masa teran tu jangan sesekali angkat punggung kerana ini akan mengakibatkan luka dan koyak yang besar di bahagian vagina.


6. Tarik nafas sedalam yang boleh dan teran macam nak buang air besar tanpa blow nafas uols. Teran sekuat yang terdaya selama yang boleh dan curi nafas. Then sambung teran, tiap kontraksi try 3 kali. Time kontraksi je push sebab time tu baby pun gerak sama so jangan buang masa...ada kontraksi terus push macam cara2 kat atas tadi, tak ada kontraksi relaks... 

************************************************************************

Aishhh, aq harap aq dapat lerr buat smua tips2 ni. janganla aq panik, degil atau tak dengar ckp masa ni. ingat org kate, sakit sangat tuu kejap je.. lepas baby keluar, kesakitan yang teramat tadi otomatik hilang sekelip mata. betapa hebat rasa yg Allah bagi pd ibu bersalin ni kan. 

Yaaa, aq akan rasa smua tuu tak lama lagi....... kuatkanlah aq Ya Allah...... permudahkan segalanya. Amin....

Scan 3D/4D and 2D Detail
Assalamualaikum lau tak jawab dose, lau jawab sayang :P

niee teman nak kabo lerr pengalaman teman g scan 3D/4D and 2D Detail. Teman wat smua scan nie dalam 1 hari sahaja..

Alkisahnyee begini..................jengjengjeng....

Aq wat appointment nak scan nie 2 3 minggu sebelum masanya sebab lau korang nak tauu, tempat nak scan nie mmg popular and cepat sgt pack. soo kene laa bergegas2 wat appointment supaya tak tlepas. keh2~ kebetulan, minggu kandungan aq nie ssuai sangat la mase untuk scan semua tuu. Alhamdulillah semuanya macam di atur jelaa kan.

Nak dijadikan cerita, masa yang di tunggu, masa yang di debarkan dah tiba.. aq pilih appointment waktu lepas aq keje, iaitu appointment lepas maghrib, kul 7.20 smpai 7.40. pas balek keje je, terkocoh2 kemas opis, naik kete sepantas kilat n pegi dengan family ke tempat yang di tuju tapi ayah aq je takde. sibuk la katekan.. tah macamane laa aq leh decide nak ikot jalan yg disarankan oleh ayah aq untuk ke tempat yg dituju. selalunya aq ikut jalan sendiri je.. mmg da tertulis kot.. jalan punya jalan, alamakk da mcm sesat laaaaaa.. dengan jem bagai nak gila kt ampang tuhh.. stress tauu takk..

Gerak punya awal, sampai laslas, lehh telambat jugak. kelamkabut aq contact sonographer nak tangguhkan appointment sampai ke 8.30pm. arghhhh ! dupdap aq menunggu jawapan si sonographer nie, sibuk gamaknye menyebabkan dia reply lambat n buat aq tertunggu2. tett tett ! bunyi gak sms dari dia 'ya.boleh'. fuhhhh ! lega tak tekira aq dibuatnyaa.. alhamdulillah Allah izinkan jugak aq wat scan nie. Terima Kasih Allah. Yelaa.. takan laa nk wat appointment lg, pastu nak ngadap jem, pastuu minggu kandungan aq lak da sah2 tak sesuaii mase tuu nak wat scan.. aihhhh~

Ehhh baru aq sedar, berjelaa rupanyaa tangan aq menaip...... oke truskan dengan agenda...

Sebelum tuu, aq nak cite dlu, ape itu scan 3D/4D...
Scan 3D/4D nie membolehkan kita lihat pergerakan bayi kita, melihat jantina dia dan melihat kesuburan bayi kita. ibu mana laa yg tak excited nak tgk baby iye grak2, bagi respon ke ape ke.. seronokk kot. lagi2 yang tak saba2 nak tgk jantina. senang nak buat psediaan lepas tuu kan..

Hasil dari scan 3D/4D

Dengan sapuan gel ape tahhh, bersama alat ape namenyee, di gerakkan di atas perutku...
maka terlihat laa bayiku yang sedang aktif bergerak dalam perut ni haa.. YA ! sonographer cakap, 'eyy baby u sangat aktif. tengok kaki pun suda sampai muka. hehe'.
Ya Allah.......... perasaan aq masa tuu, tharu yg amat. nak nanges tapi tahan je...malu kot depan family...

aq nak share boleh kan beberapa gamba pergerakan bayi ku.. hehee korang tak kesah kan? excited takk???

 Alalala ucuk2 anak umi... gerammnyee. tak saba nak tunggu anak umi nie.. hehe


 Ternganga anak umi ye.. Sonographer cakap, anak umi mase nie nga lapar.. yelaa. umi tak sempat makan la sayang.. ciannn iyee.. hehe


 Amboii.. cam maraaa ye umi nak tgk iyee.. muke tuu umi gigit kang baru tauu nakk. hehe


Eleleleehh anak umi niee.. malu2 laakk iyee.. umi nak tgk lagi muke iyeee... jgn laa tutup.. iskk ggt kangg.

video 
Sedikit video untuk tatapan kalian yang rajin nak tgk :P 




* DAN PENGUMUMAN..... My Baby is BABY BOY !!!!! hehehe ~sesape yang tgk nie, mesti cakap muka dye macam muka aq.. keh2~ YE KE??? :p


Hasil dari scan 2D Detail

Sebelum tuu aq nak cite dulu ape scan 2D Detail nie. scan nie kite buat untuk melihat jika2 ada kecacatan pada bayi kecuali sindrom. tuu tak dapat check laa. mungkin ada guna scan lain kot. aq buat scan nie pun bukan ape.. mana tauu lehh usaha lagi untuk buat yang terbaik for my baby..

cer tengokk nie....

 Mse nie, sonographer nga cek bahagian hidung, mulut, muka, segala yang berkaitan laa kan.. huhu

 nie bahagian jantung iyee.. sonographer bagitau.. jantung babyku sehat.. alhamdulillah~

nie bahagiann tulang dia.. nampak oke kan.. alhamdulillah..


* Alhamdulillahh setelah scan detail semua bahagian bayiku, sonographer maklumkan keputusan keseluruhan, bayiku dalam keadaan sehat dan sempurna.. 

Ya Allah, aq bersyukur ke hadrat-Mu kerana telah kurniakan bayi yg shat dan sempurna untukku.. bagaimanapun, usaha takleh terhenti setakat ini, makan kene jaga, kesihatan kene jaga, solat dan tingkah laku juga kene jaga. sebab perubahan pada bayi boleh berlaku pada minggu2 seterusnya.. pembentukan dan perkembangan bayi masih boleh berlaku. semua nya kerja Allah.. kita doa yang baik dan mengharap yg terbaik. usaha jgn lupa kemudian doa dan akhir sekali tawakal..




Trimester Kedua
Macam tak banyak benda nak cerita.. sebab aq macam wanita normal yang hanya membawa perut yang semakin membesar gamaknye yeee.. tiada alahan, tiada mengidam, tiada tiada tiada. huhuhu

Mase aq taip entry nie, usia kandungan ku dah mencecah 22 weeks ke atas. Aq da mula merasakan pergerakan baby dlm perut nie yang kdang2 wat aq geli, terharu, menangis.. pergerakan bayi adakala nye dirasai belah kanan, dan belah kiri, aktip tak aktip gituu?? hehe

Kondisi badan lak bila buat kerja cepat2, kelamkabut badan terasa penat dan pnafasan lebih laju. Tulang kekadang terasa sengal2 ubi, lagi2 lepas bangun tido sebab bayi amik kite punya kalsium. Otak pula semakin lembab, sebab bayi amik sdikit IQ kita nie ha.. org katelaa. haha

Tapi overall, badan tak terasa lesu sangat, atau terasa beban bawak perot yg smakin membesar nie, mcm setengah org sampai tak larat nak buat ape. terbaring aje n ada yang sampai masuk wad.. uhuu~ sebab apa ya? sebab aq amalkan minum nutrisi yang org kate terbaik daripada yang terbaik. gituu?? nanti aq cite kat bawah ape produknya. apepun, semua nya Allah yang tetapkan. jangan sangkal lagi. aq cuma usaha yang lbh baik untuk kandungan yg bakal lahir nie.

Kisah Alahan

100% alahan hilang. kehkehkeh~ sebab?? aq lehh memasak semula. tak macam trimester pertama, kerap org lain masak kan. isk isk isk

Kisah Mengidam

100% tak berapa nak mengidam. makan ape yang ada. n lau nak makan sesuatu tuu, takda la beriye sgt nakkk mcm mase trimester pertama. hehe

Kisah Pakaian

Yang nie memang... aq banyak menghabiskan pulus dgn membeli jubah2 khas untuk ngandung, blouse yg sesuai untuk ngandung n paling bes, aq mcm nak borong je skirt2 labuh yg sesuai untk ngandung.. macam2 color ade dahh..

* Trimester kedua nie aq kuat makan rambutan. baik tak baik untuk ibu hamil? cer jawab~~ huhu

Produk yang Diambil

Nak cite sikit la ye, tiap ibu ngandung, ada amalan masing-masing and tersendiri. ada amalkan petua traditional, ada amalkan ubatan moden, ada amalkan makanan nutrisi. macam aq. aq amalkan makanan nutrisi HERBALIFE iaitu Formula 1 pelbagai perisa bersama HERBALIFE Omega 3 Fish Oil. Baru je amalkan Fish Oil nih.. mulanya terasa musyil gak sebab ada tetulis kt belakang botolnya, 'This product is not intended for use by children, pregnant and lactating women'. Wattaa???

Aq makan nutrisi nie pun sebab aq susah sangat nak makan sayur dan buahan. macam mana laa nk cukup kalsium dan vitamin2 lain untuk kandungan nie kan.. soo aq decide amek nutrisi for my baby. Ni pun tak rajen nak shake banyak kali. biasa shake pagi and malam aje. tengahari aq mkn mcm biasa. sepatutnya aq kene shake 3 4 kali 1 hari.

Naik 7 bulan nie, ingat nak mkn dengan HERBALIFE Aloe Concentrate dengan Tea Mix dengan Shake F1. Memang da ramai kate elok amalkan tapi aq still tak yakin n takot2 lerr.. acanooo? kene try baru tau laa kot. Time pantang nanti pun lau ada rezeki lebih, nak amalkan set HERBALIFE nie untuk turunkan berat badan yg bekilo2 naik nie, selain tu, breastfeeding jalan terbaik untuk turun berat badan. yeahhh!

Sooo, u all yang preggy tuu, lehh gak amalkan HERBALIFE sebagai salah satu makanan nutrisi yg sangat baik untuk anda n ur baby. kite hanya berusaha, Allah yang tentukan semua. Harap semuanya baik dan diredhai usaha kita.

In Shaa Allah :)

Sedikit Tips untuk Trimester Kedua
 
  • Kurangkan pengambilan garam yang boleh menyebabkan kaki kejang.
  • Jangan berdiri terlalu lama dan minum banyak air untuk mengurangkan kaki bengkak.
  • Lakukan senaman seperti yoga kehamilan.
  • Amalkan cara posisi tidur yang betul sebelum perut anda semakin membesar.
  • Pakaikan bra yang selesa dan tidak menimbulkan rasa sakit disebabkan payudara anda semakin membesar.
  • Jalankan pemeriksaan pranatal yang kerap memastikan tahap gula dalam darah, tekanan darah, perkembangan bayi dalam kandungan sepanjang 40 minggu dan kesihatan ibu dalam keadaan yang memuaskan.
  • Anda juga dicadangkan untuk menjalani ujian pranatal yang boleh mengesan kecacatan bayi genetik terutamanya sindrom down seperti ujian darah 3 serangkai (triple test), CVS, amniosentesis, 2d detail scan ultrasound scan dan lain-lain.
  • Pastikan uri anda tidak di bawah, air ketuban mencukupi, kadar denyutan jantung bayi normal melalui ultrasound scan.
  • Anda mungkin mula risau berat badan anda semakin bertambah, anda boleh mengawal berat badan semasa mengandung.
  • Tips untuk mengatasi masalah keputihan
  • Pengambilan vitamin dan multivitamin pranatal yang mencukupi seperti asid folik, kalsium, besi dan DHA.
  • Berinteraksi dengan bayi anda dengan memberi alunan Al Quran/Selawat/Zikir semasa hamil.

Trimester Pertama
Baiklah....

Da 5 bulan rupanya ku tempuh alam berumahtangga nie. Alhamdulillah rezeki Allah bagi, ku di sahkan hamil lebih kurg pada ptengahan bulan 7 yg lepas. dan sekarang sebenanyee ku da masuk trimester kedua iaitu di antara 18minggu ke 27minggu. and ku sekarang dah 19minggu iaitu 4 bulan 3 minggu.

Cume nak kongsila pengalamanku tika berada di peringkat trimester pertama. iaitu di antara mula hamil hingga 17minggu. untuk trimester pertama, da dua kali sebenanye ku buat scan untuk melihat keadaan baby ku. Kecik comel aje.. scan pertama tak nmpak lg fizikal nya. scan kedua tak nampak fizikalnya dgn jelas tapi jelas kelihatan kepala nya mmbesar dgn baik. kater docter :p


Kisah Alahan

Alhamdulillah.. sepanjang ku mengandung, tak mengalami alahan yg teruk/membebankan. awal2 pregnant, aq kena batuk yg teruk. sakit gak perut asyik batuk kuat. pastu sepanjang trimester pertama, ada satu hari je muntah2.  tuu pun sebab kesan air gula yg kena minum. muntah ubat, pahit je rasenyee. dkat nak masuk trimester kedua, mengalami demam urat yang teruk selama 3 hari tapi tak muntahh. alhamdulillahhhh~ aq tak suka muntah. seksa meksa..

Time trimester pertama, aq ada penyakit takleh bau masakan, tumisan n all that. asal semua dah hilang bau, bru aq lalu nak makan. pastu sebelum ngandung dulu, suke benau bau petrol. time da ngandung nie, takleh bau dah. tak tahan. bau dari inkjet ofis aq pun skang da melemaskan dada. fuhhhh! azab rase~~~


Kisah Mengidam

Alhamdulillah jugak..  aq tak mengidam benda pelik2.. yang pelik sepeliknye. mauu tak takoott.. kang tetibe tpakse ngidam sup ularr.. adehhh~ naseb baik tak. hehe aq byk mengidam benda2 fast food, walaupun tauu x elok tuk kandungan tapi nak gak. trimester pertama nie aq byk minum air kafein mcm nescafe, teh n air bergas. Maggi pun kerap hentam gak. ouhh tidakkk. JANGAN TIRU AKSI SAYA ! DANGER! DANGER!

Masa trimester pertama nie, aq banyak ngidam benda masam2. mcm asam kegemaran aq, beli skali banyak simpan buat stok. pastu dapat lak jeruk mangga dari ustazah yg baik hati.


 Kisah Pakaian

Dalam aq trimester pertama nie, segala baju kurung, baju2 sebelum aq di sah kan ngandung, alhamdulillah la masih muat, cuma nampak mcm quite fit jugak. tapi tak jugak. ehh??? hahaa~ sooo, bile da jadi mcm nie, terpaksa survey2 baju yg agak sesuai untuk aq padan kan bila prut aq maken membesar pd masa akan datang. yeahhh! yg pasti smuanye mst bersaiz besar....di hadapan....tang perut. :p



Sedikit Tips

Sekadar mengopy tips orang :P


Tips-tips yang dapat dilakukan oleh ibu hamil pada saat kehamilan trimester pertama.
* Carilah informasi sebanyak-banyaknya tentang bagaimana caranya menjalani kehamilan yang sehat baik melalui buku, media akhbar, televisyen, internet, dll.
* Mulailah dan segera membiasakan diri mengenakan baju-baju yang longgar, meskipun perut belum kelihatan membesar.
* Pada trimester pertama, ibu hamil sering mengalami mual dan muntah yang salah satunya dapat menyebabkan dehidrasi, oleh kerana itu perbanyaklah ibu hamil minum air putih atau jus buah di luar jadual makan.
* Makanlah jenis makanan yang mudah dicerna seperti nasi, jagung, kentang, ubi, dll
* Hindarkan makanan yang mengandungi kadar lemak tinggi atau berminyak seperti hidangan bersantan, gorengan atau daging berlemak.
* Hindari aneka macam bau-bauan yang menyengat atau tidak disukai, hal ini untuk menghindarkan ibu hamil dari rasa mual dan muntah.
* Biasakan memberus gigi setelah ibu hamil makan atau setelah mengalami muntah.
* Untuk menghindarkan rasa mual dan pening, usahakan secara perlahan-lahan ketika ibu hamil hendak bangun dari tidur atau berbaring, jangan dilakukan secara sekaligus dan spontan
* Ada baiknya ibu hamil makan dalam kuantiti kecil namun kerap, hal ini juga untuk menghindarkan ibu hamil mengalami mual dan muntah
* Sediakanlah selalu minuman dan makanan kecil yang mengandung kadar garam rendah di kamar tidur, hal ini dilakukan agar setelah makan makanan tersebut, ibu hamil terhindar dari rasa mual dan muntah pada saat akan beraktiviti. Makanan kecil yang dapat disajikan antara lain seperti biskut, roti gandum, atau buah-buahan.
* Bergabunglah atau carilah teman yang juga sedang mengalami kehamilan, atau bergabung di komuniti ibu hamil agar dapat saling bertukar pikiran dan pengalaman.
* Makanlah biskut di pagi hari sebelum bangkit dari tempat tidur.
* Minumlah susu hangat bila ibu hamil mengalami insomnia atau kesulitan tidur.
* Bila ibu hamil mengalami sembelit, minumlah air putih minimal 12 gelas sehari.
* Jika ibu hamil merasa sakit di bahagian bawah perut dan terlihat adanya flek darah, khususnya setelah kehamilan usia > 4 minggu, segera hubungi doktor.

Majlis Resepsi ku (16 Jun 2013)
Bermulalaahh kisahh Ku dan Dia.. Dimana kami disatukan dengan halal dan diredhai Allah. Smg perkahwinan ini sentiasa dalam keredhaanMu Ya Allahh.. Segala kekurangan dtg dari kami dan segala yang baik datang dariMu.

Perancangan Perkahwinan 100% arrange by me n family. We dont need wedding planner yang perlu bayar beribu riban. Perkahwinan yang berkat adalah perkahwinan yang tidak membazir. Biar apa orang kata, yang penting Allah tauu niat dan rancangan kita :)

Saat Menunggu & Menerima Kedatangan Pengantin Lelaki







"Sesiapa yang berkahwin, sesungguhnya ia telah menyempurnakan separuh dari agamanya"

Saat Makan Beradab dan Sesi Fotografi



Sedikit view sebelum majlis makan beradab. Simple saje.. tak mauu gah2 macam kalian :p







Sesi potong kek. Walaupun tak puas hati dgn kek yang disediakan oleh pihak Catering, tp kami redha kan jelaa.. lain yang di minta, lain yang dapat..

Suap suap... nganga besau2 :P





My parents yang sweet sangat aihh..
muke beseri2 terima menantuu.. suke yeee.. :P



Sahabat seperjuangan mase Form5 dulu kale.. thanks pada smua yang sudi hadir...









 Begambar lagiiiii.. kawan cek ika nak amek berkat pengantin kott :P











Saat Berfotografi Lagi di Pelamin Selepas Makan Beradab



Whattt??? ye... pelamin kami simple aje.. Ikutkan taknak wat pun pelamin sbb takda plan pun nak sanding. Tapi adekan jugak untuk sesi bergambar. Kami pilih yang simple sahaja :)

Pengapit pun main tarikk aje sape2.. tuuu yang baju tak same tuu.. NOT IN PLAN










Ngade2 takk.. hehee sekadar jadikan beberapa kenangan untuk di tnjuk pada generasi akan datang. bleh plak cmtuu :P


Wuuu ~ Ramai nyeee peminatt.. hahaa kate Raja Sehari.. sekali seumur hidup apesalahhnyee kan..

kami tak sanding ye.. tgkk takde set renjis pun.. pengapit dtg saje begambar. hehe





Bersama keluarga tercinta.....
Tambah lagi satuu anggota keluarga..
n bertambah2 lagi akan datang nti... :P






Parents si dia, mek dan ayah mertua...









Adik bradik ibu ku.. complete smuanyaa.. terima kasih atas pertolongan ibu2 saudara ku... smg keiklasanmu akan di balas Allahh :')










Keluarga Maklong.. smuaa complete. terima kasih hadir n memeriahkan majlis kami...







Keluarga Maknyah... Alaamakk ade yang tak complete... ramai takde... sedihhhhh.. salah satu keluarga yang banyak membantuu menjayakan majliss... syukur n bterima kasih tak terhingga....






Saat Bergambar (Outdoor)

Tempat yang dipilihh dekat laa sangat dengan tempat tinggal kami... kerana... tak cukup masa nak g tempat yg dirancang. sedihh sadissss sungguh... 
















Malas nak caption satu2.. penat dahh sebab update tgah malam buterrr. time nie jelaa ade mase punn :P
Nanti akan di update pic raya tahun nie pula. maklum lahh.. Raya kali nie dah ada suami.. tahun depan plakk??? :P






Old things