Follow Dashboard
SAYA AGEN SAH PRODUK AYUS. SAYA JUGA MENJUAL PELBAGAI PRODUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN.
SILA TEKAN BUTTON DI BAWAH UNTUK MELIHAT PRODUK YANG SAYA JUAL. SEMUANYA HARGA AMAT RENDAH DARI HARGA PASARAN.
Perjalanan Hidup

Baby Lagi
Kanak Riang
Anak Dara
Graduate
Bertunang
Solemnization Day
Reception Day
Baby Boy : 21 Mac 2014
Nik Muhammad Firash
1 hari | 3.6kg | 50cm
1 Bulan | 3.73kg | 53cm
2 Bulan | 5kg | 55cm
3 Bulan | 6kg | 59cm
KENAPA KITA BUAT BLOG??



Pastinya ada sebab yang tersendiri. Macam-macam ada dalam dunia blog ni. Kebanyakan blogger datang dari pelbagai latar belakang. Ada yang dah bekerja, masih belajar dan juga ada yang dah berkahwin.


Dan adakalanya kita tengok wah hebatnya dia dalam dunia blog, followers beribu-ribu tapi kat luar sebenarnya dia sama juga dengan kita. Ada plak blogger yang dalam blog dia biasa-biasa saja tapi kat dunia realiti wah hebatnya dia, anak Donald Trump rupanya. Itu sebagai contoh jer la.


Kadang-kadang kita tak sedar bahawa dunia maya ni sebenarnya sama jer dengan dunia realiti apa yang berbeza dunia maya ni kita tak tahu siapa dia. Kita hanya baca penulisan dia. Yang kadang-kadang bila kita baca kita akan terfikir "wah hebatnya budak ni. Ayat berapi-api". Tapi bila dah jumpa semut api rupanya dia.


Sebab tu jangan la hairan kalau ada sifat dengki mendengki ni dan tak pernah nak puas hati dengan orang lain. Itukan salah satu sifat yang selalu juga kita hadapi di luar sana? Tak semua blogger ni baik adakalanya depan kita baik tapi di sebaliknya menyamar sebagai anon maki-maki kita.


Tak kurang juga yang gila traffic. Dia buat blog semata-mata nak kejar traffic dan nak tambah income. Jangan plak kita nak p mengutuk dia "apa la blog hang ni tak habis-habis dengan entry pasal traffic, setakat entry mcm ni adik aku yang tadika pon boleh buat".


Masing-masing ada cara tersendiri. Masing-masing ada sebab tersendiri kenapa dia blogging. Kita siapa nak cakap orang tu salah orang ni salah? Tak suka orang tu tak suka orang ni?


Bagi aku, jaga diri sendiri sudah.


Diri sendiri pon tak tera mana nak kalut pasal orang lain. Yang tak puas hati tu kenapa?


Ada plak yang siap kutuk "apa la blog hang ni macam sampah". Macam sampah pon hang dok baca juga.




Kalau nak cerita pasal dunia blog ni 7 keturunan pon tak habis. Ada akal guna. Kita sendiri yang pilih blogger macam mana yang kita nak jadi. Semua tu terpulang pada diri sendiri.


Kalau bab budaya menegur ni, kalau boleh tegur dengan cara yang elok. Ada adab dan tertibnya. Dan aku akui kadang-kadang kita tegur dengan cara yang elok pon masih ada yang tak boleh nak terima teguran. Kalau dah tahu orang tu macam tu lu pk la sendiri yer.


Tak semua orang pandai menegur dan tak semua orang boleh terima teguran.


Tepuk dada tanya hati.


"Senyum Mau Maneh"


Old things | New things