Follow Dashboard
SAYA AGEN SAH PRODUK AYUS. SAYA JUGA MENJUAL PELBAGAI PRODUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN.
SILA TEKAN BUTTON DI BAWAH UNTUK MELIHAT PRODUK YANG SAYA JUAL. SEMUANYA HARGA AMAT RENDAH DARI HARGA PASARAN.
Perjalanan Hidup

Baby Lagi
Kanak Riang
Anak Dara
Graduate
Bertunang
Solemnization Day
Reception Day
Baby Boy : 21 Mac 2014
Nik Muhammad Firash
1 hari | 3.6kg | 50cm
1 Bulan | 3.73kg | 53cm
2 Bulan | 5kg | 55cm
3 Bulan | 6kg | 59cm
Ilmu firasat Melayu lame

RAHSIA TIDUR
1. Memeluk Bantal – Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.
2. Menggunakan Banyak Bantal – Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.
3. Tidur Dengan Satu Bantal – Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.
4. Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki – Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dengan orang ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita-cita. Mereka tidak  suka berusaha.
5. Tidur Tanpa Bantal – Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

Meramal Pergerakan Tubuh


Orang tua-tua zaman dahulu selalu mengaitkan sesuatu perkara dengan sesuatu alamat.Sejauh mana kebenarannya tidaklah diketahui.Tetapi yang pasti orang tua-tua  dahulu banyak meramal sesuatu melalui pemerhatiannya dan juga melalui pengalaman-pengalamannya yang lalu. Mungkin disebabkan banyak kebetulan yang berlaku, membuatkan mereka mempercayai setiap alamat. Ia boleh dijadikan pengetahuan dan bukanlah untuk dipercayai semata-mata.
Kelopak mata kanan bergerak – beroleh keamanan.
Kelopak mata kiri bergerak – melihat perempuan
Kelopak mata kiri ke atas bergerak – ada orang akan berjalan jauh.
Kelopak mata kiri dibawah bergerak – hendak menangis
Ekor mata kanan bergerak – menerima kedatangan orang jauh.
Ekor mata kiri bergerak-gerak – mendapat sedikit kepayahan.
Biji mata kanan bergerak-gerak – akan menangis dalam bercinta
Biji mata kiri bergerak-gerak – gembira dihati
Umbun bergerak – berbahagia pada hari tersebut
Kening kiri bergerak-gerak = beroleh kelapangan
Bibir bawah bergerak = akan menangis.
Waktu subuh kepala kita bergerak – beroleh kerja yang baik.
Siku kanan bergerak-gerak – beroleh kebahagiaan.
Siku kiri bergerak-gerak – orang yang mengasihi kita akan datang
Pelipis telinga bergerak – alami kebahagiaan.
Telinga bergerakakan – berkelahi
Kepala bergerak – ada orang menyakiti hati kita
Kepala bergerak ke kiri – beroleh kebesaran.
Bahu kanan bergerak-gerak – harta hendak datang


Bahu kiri bergerah-gerak – bakal berjumpa pembesar/ketua.
Lengan kanan bergerak-gerak – akan sakit kepala.
Lengan kiri bergerak-gerak – beroleh harta
Pipi kanan bergerak-gerak – alamat sakit mata.
Pipi kiri bergerak-gerak – sentiasa bahagia.


Old things | New things