Follow Dashboard
SAYA AGEN SAH PRODUK AYUS. SAYA JUGA MENJUAL PELBAGAI PRODUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN.
SILA TEKAN BUTTON DI BAWAH UNTUK MELIHAT PRODUK YANG SAYA JUAL. SEMUANYA HARGA AMAT RENDAH DARI HARGA PASARAN.
Perjalanan Hidup

Baby Lagi
Kanak Riang
Anak Dara
Graduate
Bertunang
Solemnization Day
Reception Day
Baby Boy : 21 Mac 2014
Nik Muhammad Firash
1 hari | 3.6kg | 50cm
1 Bulan | 3.73kg | 53cm
2 Bulan | 5kg | 55cm
3 Bulan | 6kg | 59cm
PILIH NAMA BAIK UNTUK ANAK


( Bilangan 281 Bahagian Pertama)
بسم الله ، والحمد لله ، والصلاة والسلام على رسول الله ، وعلى آله وصحبه ومن والاه

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Pemilihan nama yang baik untuk anak-anak adalah merupakan satu perkara yang amat penting. Ia adalah antara perkara yang mulamula diberi perhatian bagi anak yang baru lahir, malahan sejak ia masih dalam kandungan lagi, para ibu bapa sudah mencari dan memilih nama yang akan diberikan kepada anak yang bakal dilahirkan.


Islam mengambil berat tentang nama yang akan dipilih untuk anak yang baru lahir kerana ia mempunyai nilai yang tinggi di sisi agama dan kehidupan seseorang.


Nama merupakan simbol khusus yang dapat membezakan seseorang itu dengan orang lain. Dengan nama itu dia akan dikenali, dan dengan nama itu jugalah dia akan dipanggil pada hari kiamat kelak. Selain perkara-perkara sebagaimana di atas, nama juga dapat mempengaruhi keperibadian atau mencerminkan sifat orang yang empunya nama. Ini kerana besar kemungkinan berlaku penyesuaian antara nama dan keperibadiannya apabila seringkali namanya itu disebut ketika memanggilnya.


Mempunyai nama yang baik juga akan menyebabkan seseorang itu timbul rasa malu untuk melakukan sesuatu yang boleh memburukkan namanya yang baik itu. Dan dari rasa malu itulah, ia mampu menyedarkan dirinya untuk terus berusaha memperbaiki akhlak dan keperibadiannya kepada yang lebih baik lagi dari sebelumnya, agar namanya yang baik akan terus terjaga sampai bila-bila.


Oleh yang demikian, pilihlah nama yang dianjurkan oleh Islam atau sekurang-kurangnya nama yang membawa maksud atau makna yang baik, agar peribadi anak tersebut bersesuaian dengan nama yang diberikan kepadanya.

******************************************************************************

Setiap panggilan atau perkataan yg kluar dr mulut ibubapa adalah doa. Maka sebaiknya panggil laa anak2 dengan nama yg penuh.. name yg ade makne.. contohnyee.. name anak tsebut adelah MUHAMMAD yang bermaksud TERPUJI.. tp bile di panggil dengan sebutan MAMAT.. jd trus ubah maknenyee iaitu MATI..


******************************************************************************

Sebelum menamakan anak 2.. carik laa name yg baek2 dlm buku yang ade jual di pasaran skang nie.. xpun senang je.. carik dlm internet pn da ade da.. google je 'nama-nama yang baik dalam islam'. daaa jumpe ! :D
Nama itu penting krna nama itu jugalah dia akan dipanggil pada hari kiamat kelak.


Old things | New things