Follow Dashboard
SAYA AGEN SAH PRODUK AYUS. SAYA JUGA MENJUAL PELBAGAI PRODUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN.
SILA TEKAN BUTTON DI BAWAH UNTUK MELIHAT PRODUK YANG SAYA JUAL. SEMUANYA HARGA AMAT RENDAH DARI HARGA PASARAN.
Perjalanan Hidup

Baby Lagi
Kanak Riang
Anak Dara
Graduate
Bertunang
Solemnization Day
Reception Day
Baby Boy : 21 Mac 2014
Nik Muhammad Firash
1 hari | 3.6kg | 50cm
1 Bulan | 3.73kg | 53cm
2 Bulan | 5kg | 55cm
3 Bulan | 6kg | 59cm
Syaaban.. Bulan mjinakkan hati...
Syukur kita dipinjam dan dipanjangkan lagi usia hingga bertemu pada Syaaban tahun 1432/ 2011 ini, Syaaban yang penuh berkat dan kemuliaan. Bulan kebanggaan junjungan yang mulia, Muhammad rasul pilihan. Sayidatina Aisyah telah meriwayatkan bahawa junjungan yang mulia begitu kasih dan sayang terhadap bulan Syaaban melebihi bulan-bulan lain kerana sabda junjungan, “Kelebihan Syaaban daripada bulan-bulan lain adalah seperti kelebihanku di atas segala umat”. Sesungguhnya bulan Syaaban ini penuh kemuliaan, ketinggian, kebajikan, serta bulan menjinakkan hati dengan Allah azzawajalla. Kelak hati kita akan diliputi cahaya keimanan yang hakiki, cahaya hidayah yang abadi, bakal menerangi jiwa dan roh kudus suci.
Keagungan Syaaban dengan malam nisfu Syaabannya sepertimana keagungan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, keagungan Ramadhan dengan Lailatulqadarnya. Setiap umat Islam dituntut melipat gandakan amalan pada malam Nisfu Syaaban dengan bersolat, beribadat, bertaubat, memohon diampunkan segala dosa-dosa yang telah kita lakukan setelah kita berpuasa pada siangnya. Perbanyakkan istighfar pada bulan Syaaban ini dengan menyesali segala dosa dan kesalahan serta minta diampunkan dengan hati yang tulus dan suci. Allah SWT telah berjanji, sesiapa yang memohon ampun dengan seikhlas hati akan diampunkan dosanya walaupun sebanyak buih di lautan ataupun beribu bintang di langit selagi ia tidak menyekutukan Allah dan memutuskan silaturrahim sesama manusia. Malah, sesiapa yang ditemukan bala bencana akan segera dihapuskan kesusahannya, sesiapa yang memohon limpah kurnia-Nya dengan meminta rezeki akan disegerakan rezekinya dengan penuh kepuasan.
 Pada malam nisfu Syaaban disunatkan juga membaca Yasin tiga kali selepas solat Maghrib mengikut amalan Imam Syahrurrazi. Yasin pertama, minta dilanjutkan usia dalam kebajikan,iman yang berkekalan dan di dalam ketaatan terhadap ilahi. Kemudian dibaca Yasin kedua, minta diluaskan rezeqi yang halal agar sentiasa di dalam nikmat yang berterusan penuh keberkatan. Kemudian diteruskan dengan Yasin ketiga, memohon dimatikan di dalam iman, dengan kesudahan hidup yang Husnul Khotimah yakni pengakhiran hayat di dalam kebaikan. Banyakkan membaca penghulu istighfar yang berbunyi.
 Sesungguhnya Engkau Ya Allah adalah Tuhanku, tiada Tuhan melainkan Engkau. Engkau telah menciptakan aku, dan akulah hamba-Mu yang sentiasa berada di dalam ketetapan-Mu dan genggaman-Mu. Sesungguhnya aku tidak berkuasa, aku minta perlindungan kepada-Mu daripada segala kejahatan yang telah aku lakukan. Aku mengaku di atas segala nikmat-Mu ke atasku dan aku mengaku di atas segala dosa-dosaku, maka ampunilah aku. Sesungguhnya Engkaulah jua yang mengampun segala dosa”.

Setelah Allah SWT mengampunkan kita, akan tenang rasa jiwa, aman dan tenteram di hati. Tetapi, sebagai manusia, sudahkah kita memaafkan kesalahan orang terhadap kita, terutama musuh kita? Beranikah kita ‘menghakis bersih’ dari persada hati perasaan dendam kerana kesalahan teman dan saudara yang sengaja dan tanpa sengaja? Selalu ingat, membalas kebaikan dengan balasan kejahatan adalah serendah-rendah budi. Membalas kejahatan dengan kejahatan bukanlah perikemanusiaan. Membalas kebaikan dengan kebaikan adalah kebiasaan, tetapi setiap kejahatan yang dibalas kebaikan adalah cita dan cinta kemanusiaan yang setinggi-tingginya.
Patutlah kita hidup dan bercita-cita sedemikian, iaitu membalas kejahatan dengan kebaikan. Sematkan di dalam diri kita ingin mencapai ke tahap itu demi mendapatkan kemuliaan sejati. Memang sakit dan perit di jiwa kita  untuk membalas kejahatan orang dengan kebaikan kita. Di dalam batin kita amat hebat gelora perjuangan antara nafsu jahat dengan budi mulia. Nafsu amarah membayangkan penderitaan kita kerana kesalahannya terhadap kita., kerugian kita kerana kita teraniaya…Jika kita memaafkan dia, untunglah dia tetapi di sinilah letaknya ketinggian budi dan kemuliaan insani muslim yang sejati. Memaafkan perbuatan jahat orang terhadap kita, kemudian diberikan balasan kebaikan adalah kemenangan budi yang mulia. Tewaslah nafsu serakah manusia kerana ketinggian budi kita, teman terhindar dosa. Musuh mungkin bertukar menjadi teman karib dan setia. Bukan mustahil jika diizin Azzawajalla. Bagi kita, harga diri naik setingkat lagi dan kehidupan sentiasa mewangi serta terbentuklah kekuatan peribadi. Seorang pujangga Arab pernah berkata, “Cubalah simpulkan kembali tali persaudaraan yang telah putus, jalinkan semula ikatan persahabatan yang terungkai, maafkan kesalahan orang terhadap anda, nescaya dapat dirasai nikmat kemanusiaan dan kemanisan jiwa”. 
Kata Luqman Hakim, “Tak dapat dikenal kemanusiaan seseorang melainkan pada tiga situasi. Dikenal pemaaf ketika dia marah, dikenal berani ketika di medan juang, dikenal sebagai sahabat sejati ketika dalam kesusahan”.
Pada Syaaban yang mulia ini, harap renung-renunglah diri kita berpandukan coretan ini…Semoga Ramadhan akan datang, kita masuk ke dalamnya sebagai sehelai kain putih yang bakal dilorek pahala berganda!!!


Old things | New things