Follow Dashboard
SAYA AGEN SAH PRODUK AYUS. SAYA JUGA MENJUAL PELBAGAI PRODUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN.
SILA TEKAN BUTTON DI BAWAH UNTUK MELIHAT PRODUK YANG SAYA JUAL. SEMUANYA HARGA AMAT RENDAH DARI HARGA PASARAN.
Perjalanan Hidup

Baby Lagi
Kanak Riang
Anak Dara
Graduate
Bertunang
Solemnization Day
Reception Day
Baby Boy : 21 Mac 2014
Nik Muhammad Firash
1 hari | 3.6kg | 50cm
1 Bulan | 3.73kg | 53cm
2 Bulan | 5kg | 55cm
3 Bulan | 6kg | 59cm
Wanita yg Disayangi Allah
Adakah hanya orang-orang beriman daripada kalangan muslimin dan bidadari sahaja yg menjadi penghuni syurga? Bagaimana dgn isteri-isteri kaum mukminin di dunia,dan wanita-wanita penduduk bumi? Isteri-isteri kaum Mukminin yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya akan tetap menjadi pendamping suaminya kelak di Syurga dan akan memperoleh kenikmatan yang sama dengan yang diperoleh penduduk Syurga lainnya, tentunya sesuai dengan amalnya selama di dunia. Pastinya setiap wanita Muslimah ingin menjadi ahli Syurga. Pada hakikatnya wanita ahli Syurga adalah wanita yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya.

 Di antara ciri-ciri wanita ahli Syurga adalah :


1. Bertakwa.

2. Beriman kepada Allah, Malaikat-Malaikat-Nya, Kitab-Kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik maupun yang buruk.

3. Bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadlan, dan mengerjakan haji bagi yang mampu.

4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahwa Allah melihat dirinya.

5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakkal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap adzab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya, dan bersabar atas segala takdir-takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.

6. Gemar membaca Al Qur’an dan berusaha memahaminya, berdzikir mengingat Allah ketika sendiri atau bersama orang dan berdoa kepada Allah semata.

7. Menghidupkan amar ma’ruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.

8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternak yang dia miliki.

9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.

10. Berinfak, baik ketika lapang maupun dalam keadaan sempit, menahan marah dan memaafkan manusia.

11. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.

12. Menjaga lisannya dari perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan keburukan orang lain (ghibah).

13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.

14. Berbakti kepada kedua orang tua.

15. Menyambung silaturahim dengan karib kerabatnya, sahabat terdekat dan terjauh.

“ … dan barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, nescaya Allah memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang
besar.” (Surah An Nisa’ ayat 13).


Old things | New things