Trimester Kedua
Macam tak banyak benda nak cerita.. sebab aq macam wanita normal yang hanya membawa perut yang semakin membesar gamaknye yeee.. tiada alahan, tiada mengidam, tiada tiada tiada. huhuhuMase aq taip entry nie, usia kandungan ku dah mencecah 22 weeks ke atas. Aq da mula merasakan pergerakan baby dlm perut nie yang kdang2 wat aq geli, terharu, menangis.. pergerakan bayi adakala nye dirasai belah kanan, dan belah kiri, aktip tak aktip gituu?? hehe
Kondisi badan lak bila buat kerja cepat2, kelamkabut badan terasa penat dan pnafasan lebih laju. Tulang kekadang terasa sengal2 ubi, lagi2 lepas bangun tido sebab bayi amik kite punya kalsium. Otak pula semakin lembab, sebab bayi amik sdikit IQ kita nie ha.. org katelaa. haha
Tapi overall, badan tak terasa lesu sangat, atau terasa beban bawak perot yg smakin membesar nie, mcm setengah org sampai tak larat nak buat ape. terbaring aje n ada yang sampai masuk wad.. uhuu~ sebab apa ya? sebab aq amalkan minum nutrisi yang org kate terbaik daripada yang terbaik. gituu?? nanti aq cite kat bawah ape produknya. apepun, semua nya Allah yang tetapkan. jangan sangkal lagi. aq cuma usaha yang lbh baik untuk kandungan yg bakal lahir nie.
Kisah Alahan
100% alahan hilang. kehkehkeh~ sebab?? aq lehh memasak semula. tak macam trimester pertama, kerap org lain masak kan. isk isk isk
Kisah Mengidam
100% tak berapa nak mengidam. makan ape yang ada. n lau nak makan sesuatu tuu, takda la beriye sgt nakkk mcm mase trimester pertama. hehe
Kisah Pakaian
Yang nie memang... aq banyak menghabiskan pulus dgn membeli jubah2 khas untuk ngandung, blouse yg sesuai untuk ngandung n paling bes, aq mcm nak borong je skirt2 labuh yg sesuai untk ngandung.. macam2 color ade dahh..
* Trimester kedua nie aq kuat makan rambutan. baik tak baik untuk ibu hamil? cer jawab~~ huhu
Produk yang Diambil
Nak cite sikit la ye, tiap ibu ngandung, ada amalan masing-masing and tersendiri. ada amalkan petua traditional, ada amalkan ubatan moden, ada amalkan makanan nutrisi. macam aq. aq amalkan makanan nutrisi HERBALIFE iaitu Formula 1 pelbagai perisa bersama HERBALIFE Omega 3 Fish Oil. Baru je amalkan Fish Oil nih.. mulanya terasa musyil gak sebab ada tetulis kt belakang botolnya, 'This product is not intended for use by children, pregnant and lactating women'. Wattaa???
Aq makan nutrisi nie pun sebab aq susah sangat nak makan sayur dan buahan. macam mana laa nk cukup kalsium dan vitamin2 lain untuk kandungan nie kan.. soo aq decide amek nutrisi for my baby. Ni pun tak rajen nak shake banyak kali. biasa shake pagi and malam aje. tengahari aq mkn mcm biasa. sepatutnya aq kene shake 3 4 kali 1 hari.
Naik 7 bulan nie, ingat nak mkn dengan HERBALIFE Aloe Concentrate dengan Tea Mix dengan Shake F1. Memang da ramai kate elok amalkan tapi aq still tak yakin n takot2 lerr.. acanooo? kene try baru tau laa kot. Time pantang nanti pun lau ada rezeki lebih, nak amalkan set HERBALIFE nie untuk turunkan berat badan yg bekilo2 naik nie, selain tu, breastfeeding jalan terbaik untuk turun berat badan. yeahhh!
Sooo, u all yang preggy tuu, lehh gak amalkan HERBALIFE sebagai salah satu makanan nutrisi yg sangat baik untuk anda n ur baby. kite hanya berusaha, Allah yang tentukan semua. Harap semuanya baik dan diredhai usaha kita.
In Shaa Allah :)
Sedikit Tips untuk Trimester Kedua
- Kurangkan pengambilan garam yang boleh menyebabkan kaki kejang.
- Jangan berdiri terlalu lama dan minum banyak air untuk mengurangkan kaki bengkak.
- Lakukan senaman seperti yoga kehamilan.
- Amalkan cara posisi tidur yang betul sebelum perut anda semakin membesar.
- Pakaikan bra yang selesa dan tidak menimbulkan rasa sakit disebabkan payudara anda semakin membesar.
- Jalankan pemeriksaan pranatal yang kerap memastikan tahap gula dalam darah, tekanan darah, perkembangan bayi dalam kandungan sepanjang 40 minggu dan kesihatan ibu dalam keadaan yang memuaskan.
- Anda juga dicadangkan untuk menjalani ujian pranatal yang boleh mengesan kecacatan bayi genetik terutamanya sindrom down seperti ujian darah 3 serangkai (triple test), CVS, amniosentesis, 2d detail scan ultrasound scan dan lain-lain.
- Pastikan uri anda tidak di bawah, air ketuban mencukupi, kadar denyutan jantung bayi normal melalui ultrasound scan.
- Anda mungkin mula risau berat badan anda semakin bertambah, anda boleh mengawal berat badan semasa mengandung.
- Tips untuk mengatasi masalah keputihan
- Pengambilan vitamin dan multivitamin pranatal yang mencukupi seperti asid folik, kalsium, besi dan DHA.
- Berinteraksi dengan bayi anda dengan memberi alunan Al Quran/Selawat/Zikir semasa hamil.