1st Born : Baby Boy
Ku panjat kesyukuran kepada Allah yang tak terhingga atas pemberian-Nya yang terindah. Sebaik tau kehamilan ku dah sampai kemuncaknya, hati berdebar2, neves, excited sebab nak terima ORANG BARU dalam hidup ku dan suami.Sebelum mula kongsi cerita tentang mcmana kelahiran aq berjalan pada hari tersebut, nak share dulu WIRA kami yang selamat di lahirkan pada 21 Mac 2014 hari Jumaat jam 8.39pm. Tepat2 masuk solat isyak masa tu. Alhamdulillah...
Beberapa keping gambar untuk tatapan yang sudi :)
Nama di beri Nik Muhammad Firash bin Nik Shahrul.
Agak2 tulis nama dia dalam buku ke borang ke, muat takk?? :p
Baiklahh...
Niat nak share kisah melahirkan anak sulung ku ini adalah hanya nak share pengalaman aq yang kot2 korang yg akan mengalami situasi mcm aq nti, boleh la learn together. So jangan ade yg otak dok kalut 'aphal la minah ni share menda2 camni'. aih tepulang ceq laa nak share menda pun. blog i bukan blog u :p jgn dok kalut sgt. dengki tak pasai2. (mara tetibe :p)
19 MAC 2014
Masa ni, suddenly je aq kena keracunan makanan. Makanan yang beli kat luar masa tuu. Gara-gara catuan air, soo nak masak memang malas sbb kena pakai byk perkakas. soo beli je makanan luar dan tak sangka nak kene keracunan makanan plak aritu. soo pagi da muntah2 bagai nak rak. seolah mcm nak tkeluar baby dari mulut je. fiuhh! naseb laa tak. ngeriiii... hee
Malam pun muntah2 jugak. ingat minum nutrisi F1 boleh la gantikan makanan lain untuk perut aq yang kosong mase tuu. yelaa. da keracunan, nk makan menda lain pun tak lalu dah. tambahan pulak kontraksi TIPU TIPU dah datang. malu2 pulak sakit kontraksi ni datang mase tuu. haha
Dan malam tuu tido dengan penuh rasa tak selesa perut. tapi orang kate tuu bole lerr tahan lagi. tak over pun. tido dan tido sampai laaa pagi..
20 MAC 2014
Masa ni hari jadi adik aq yang ketiga. sooo dia mgharaplaa my baby akan keluar masa hari jadi dia tuu. siang tuu sakit kontraksi da mula dtg pelan2. 30min ke 20min..15min ke 10min... sampai ada masa aq tak dapat nak duduk. kene berdiri sampai sakit kontraksi hilang sendiri.
Jenis aq nie lau sakit kontraksi dtg, takleh sape2 pegang, bercakap dengan aq, taleh dengar bunyi bising dan aq sendiri pun membatu menahannya sampai berpeluh2. sian somi aq kadang2 kena tgk muka selengek aq menahan sakit. dah hilang baru ok. Alhamdulillah, sakit camtu datang aq senyappp je. membisu. idok laa jerit2 mcm mak lampir atau langsuir.. heheee
Sampai laa satu tanda bersalin nak datang, iaitu lendiran darah kluar tapi sikit je. call my gynae n dia cakap harini juga sila admit ke HSB. ok! aq da mula cuakkk. y harini?? takotttttttt.. nak taknak bagitau mak n somi kena jugak g HSB. bersiap dan bgegas ke hospital. aq hanya akan nampak relax bila kontraksi tak ada.
Sesampai je kena daftar diri and all that. kemdian aq di panggil masuk dan tunggu giliran untuk cek perut, cek baby dan cek bukaan. sambil duk menunggu, fikir tak habis, mcmana la agaknya cek bukaan tuu. orang kata sakitlaa, ngilu laa.. adehhh~ sampai je turn nak cek bukaan, da cuak semacam. masuk2 je bilik, doc perempuan ambil my detail dulu. then aq tanya 'doc perempuan yg akan cek bukaan kan?' pastu dia jawab, 'saya laa yang akan cek'. fuhhh! alhamdulillah syukur. naseb baik doc perempuan yg cek kan. sbb ada doc lelaki yg cek kan jugak patient lain.. mmg idok laa aq dpt trime !
Cek punya cek, doc kata dah bukak 2cm dah. Alahai takdela sakit mana cek bukaan. cuma masa dia cek tu, kena tarik nafas n jgn kemut. buat relax je k. apepun alhamdulillah ada la jugak sinar harapan nak bersalin on time. taknak laa overdue. kene induce plak tak pasal2. sakitttttt woo ! then dia tunggu result samada aq kene warded atau balik rumah dlu. aq minta dia bagi aq balik rumah sbb tanak duk sorang2 kt wad. hee~ lastly dapat la balik dlu.
Malam tuu,aq mmg tak dapat tido menahan sakit kontraksi nih. same mcm somi gak yang tak dapat tido. aq terbangun je, dye pun terbangun tanya ok tak. kali ni sakit makin kerap tapi masih boleh btahan. tanak ler aq dtg sepital mlm2 gini. huuu~ aq pun tido laa dengan muka bekerut2. haha
21 MAC 2014
Sesampainya pagi, kontraksi dtg mcm biasa. aq layannnnn je.. tapi dlm dekat2 pukul 2pm, orang baru nak abeh solat Jumaat kot, aq semacam da tak dapat tahan gitu. call gynae dan dia kata, bersiap2 lerr g sepital sekarang. jgn biar lama2 takot prob timbul nanti. ok cepat2 kami bersiap dan bgegas ke HSB. Sesampai saje, bg nama aq, then trus nurse tuu tanya, 'aik semalam ada datang kan?' aq jawab ler 'haah tapi harini kontraksi makin kerap'. dia pun panggil masuk untuk cek perut, dan bukaan. naseb aq baik aritu org tak ramai lagi. soo cepat je dpt cek perut then cek bukaan.
Cek punya cek kali ni, dah 6cm bukaan. fuhhh! cepat2 doc kata, 'awk da kena masuk labour room ni. pegi ganti baju dulu'. da siap2 ganti, tunggu la dalam setengah jam untuk dorg bawak aq ke LR. sambil tuu aq amek peluang jalan sini sana untuk mudahkan bersalin kata org :p ada dua tiga org patient yang nak bersalin tanya kat aq 'dah nak bersalin ke? kenapa nampak muka relax je? mcm tak sakit pun'. aq pun jawab 'haah da nak bersalin. yeke mcm tuu? hehe biasa je. taknak tunjuk sgt :p'
Then nama aq telah di panggil untuk masuk ke LR. kene naik wheelchair untuk ke sana. dorang bantu aq naik ke katil. ada dua doc pelatih perempuan tanya 'puan ni betul ke da nak bersalin? muka mcm takda pape je. tak sakit ke?' nurse tuu pun tanya gak 'btul ke dah terbuka 6cm? takot doc yang cek tuu tersalah ke. sbb nampak awk baik2 aje ni.' eh eh. tanya aq plak. hehe wat relax sudah la selagi boleh btahan. takan nak meraung2 pulek.. huhu
Sebaik aq bebaring, nurse tuu ckp sbb anak sulung, soo kita kena tunggu 4 jam untuk tunggu bukaan sampai 10cm sebelum bersalin. gila apa 4 jam. sakit kontraksi aq ni dtg da 5min ke 3min ok. mane leh tahan. then, ikot kiraan dorang sndiri yg aq pun taktau sgt, dorang bagi dose kat aq supaya sakit aq makin kerap dtg supaya bukaan akn terbuka dgn lbh cepat. sampai dua dose ok.
2 jam baru berlaluuu... dose dorang tambah lepas 2 jam kemdian lpas tuu 3 jam kemdian. sakit kontraksi da semakin tak malu dtg bertalu2. tiap 1min aq merasai kesakitannya. sampai tahap aq tak dapat tahan, nak menangis rasanya. merintih menahan sakit kontraksi yg menyebabkan aq teran byk kali sampai nurse muda tu ckp 'jgn teran banyak sgt puan. nti tak larat nak teran baby tambahan pula kepala baby takot panjang'. da sakitnya tuu mmg otomatik buat aq nak teran. sakit kali ni, org kata mcm nak tkeluar isi perut, isi punggung. da takda muka relax2 aq dah. muka bleh berpeluh plak dalam aircond tuu gara2 menahan sakit. aq minta nurse senior tuu cek bukaan sbb da sakit sgt tapi nurse kate tak boleh. kena tggu sampai abis bukaan. sbb dia kata bukaan akan terbuka tiap 1 jam. ohhh sungguh sadisss..
Dalam 3jam 30min, aq minta lagi skali nurse senior tuu cek bukaan sbb da mmg tak dapat tahan. rasa mcm baby nak tkeluarrr je.. dia pun akur la dgn pmintaan aq akhirnyaa. then dia ckp 'ehhhh da fully bukaan da ni. boleh ready ye'. cuaakkk aq. dorang smua pun kelam kabut siap perkakas bagai, dengan apron nya. ada plak yang hegeh2. Pastu kelam kabut dorang panggil somi aq masuk, sbgai penguat semangat untuk aq bersalin katenye.. hahaa
Naseb aq baik masa tuu, nurse2 je yang handle masa proses bersalin aq tuu sebab dorang nampak aq pandai teran. tapi nurse senior tuu cakap, blum apa2 lagi dah problem kat bawah aq tuu. sbb dia kata isi kulit aq ni lembut mcm taufufa. ohh no. tapi mcmana pun proses bersalin kena diteruskan. tiap kali sakit kontraksi dtg, aq pun mula la proses teran meneran. terkumat kamit aq baca zikir Nabi Yunus, Allahu yasir fayasir, Bismillahillazi la yadurru ma’asmihi syai’un fil ardi walaa fissama’ii, Wa huwassami ul ‘alim, Al-Fatihah, dan semua yang aq ingat masa tu.dengan 4 ke 5x push je dan dalam 15min-20min saje, alhamdulillah telah lahirnya seorang wira khas dianugerahkan Allah untuk kami. tapi disebabkan baby aq 3.6kg, soo dorang terpaksa gunting supaya senang n cepat baby tuu nak kluar. takot tersekat bahu baby katenyee.. tak kesahla janji smua selamat.
Dah selamat smua, baby diazankan dan di iqamatkan oleh somi ku tika tuu juga sebelum baby di bawa untuk dibersihkan dan dimandikan. sebak rasa hati melihat tika baby diletakkan di atas ku dan di azankan somi ku.. lepas baby siap dimandikan, dah wangi2, dorang bawa baby untuk disusukan. Comelnyaa tengok mula2 baby ku nak menyusu untuk pertama kali.
Menitis air mataku melihat gelagatnya. mulutnya yg kecil, smua nya kecil je. cuma pipi nya saje yang tembam. doktor pelatih perempuan tuu geram sungguh tgk my baby. nak picit2 je katanya. hehe doc tu tanya nak bagi nama ape. aq ckp laa ingat nak bagi nama FIRASH. sudahnya dia cakap, ehh da macam nama dalam hero crita SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA... karakter si Izzue Islam tuu. aq pun lupa pasal tuu. aq plan letak nama tuu pun sebab maksud namanya. maksud FIRASH ialah YANG BIJAKSANA. In sha Allah anakku seperti namanya.. yelaa nak letak nama anak mstila nama yang baik2 kan. hehe~
Dalam pukul 12.30am, aq di bawa ke wad untuk bermalam. then aq trus call somi minta hantarkan beg ku. punya la excited dia tgk baby kami sedang tido nyenyak. kemdian angkat my baby n cek dia da beyak. soo minta tulun somi untuk gantikan pampers dia. pertama kali la katekan, smuanye kelam kabut tmasuk my somi. hahaa lawak bila tringat balik masa tuu. aq plakk masa tuu lemah lagi. bru lepas bersalin kan. bagai nak pitam aq dibuatnya. lepas somi aq kluar wad, aq cuba pejamkan mata tapi tak dapat. aq bertafakur sekejap mensyukuri anugrah yang Allah beri ni. Menangis menahan sebak akan pemberian-Nya.
Jam 7am lebih mcm tuu, nurse dtg cek high blood, nadi. HB aq ok tapi sudahnya aq dikatakan ada masalah nadi laju. ni mesti gara2 aq tak tido langsung semalam. nurse kata kalau tak turun gak, kene tahan 1 hari lagi. Alhamdulillah semua ok dan aq dibenarkan balik pada sebelah petang.
Alhamdulillahhh aq bersalin secara normal untuk anak sulungku ni. walaupun kene jahit gara2 digunting untuk besarkan laluan baby, serta merta sakit aq hilang bila aq set in mind, my baby selamat dilahirkan. soo tahanlaa sikit kena jahit. mujurlah di baginya bius. lau tak, pengsan gak aq kat ctu. siyesly labour room tuu dah macam bilik berdarah. penuhh dengan darah aq je. errr ~
Haihhh~ ape pun macam tak percaya aq dah ada seorang anak. teringat zaman anak dara dulu dah macam budak2 perangai aq. lepas kawin pun tak cukup matang lg. bila mengandung, baru ada perubahan sifat pada diriku. Alhamdulillah... sehingga kini aq boleh handle my baby masa dalam pantang ni tapi lebih kepada ibuku dan adikku yang banyak membantuku menjaga my baby dan menjagaku saat ku sedang berpantang.
JUTAAN TERIMA KASIH buat ibu dan adikku tersayang.